TIPS PINDAH RUMAH

Home/Tips Pindah/TIPS PINDAH RUMAH

TIPS PINDAH RUMAH

TIPS PINDAH RUMAH

Berpindah ke kawasan baru atau memiliki rumah baru merupakan perkara yang mengembirakan seseorang atau  bagi pasangan suami isteri apalagi yang baru saja menikah.

Tapi masalah mengemaskan barang-barang dan perabot yang akan dipindahkan ke rumah baru, seringkali menjadi hal yang memenatkan badan dan memeningkan kepala anda.

Ini belum lagi, banyaknya kotak-kotak barangan yang tidak dapat dikenalpasti setelah sampai ke rumah baru.

Untuk mengatasi masalah ini, ada beberapa tips efektif bagi anda yang merancang  pindah rumah:-

SEBELUM BERPINDAH

  • Beri Label Pada Setiap Kotak

    Bagi memudahkan anda mengenali barang-barang, ketika mengemaskan barang-barang pastikan anda melabelkan pada tiap isi kotak Anda. Hal ini boleh membantu anda mengenalpasti barangan dengan cepat ketika tiba dirumah baru.

  • Asingkan Barang

    Jika anda mengunakan kotak yang banyak, pastikan anda mengasingkan setiap barang mengikut jenis atau lokasinya. Contohnya :- Kotak peralatan dapur, Kotak pinggan mangkuk, Kotak baju anak-anak, kotak peralatan elektrik dan lain-lain lagi.

  • Balut perabot dan barangan

    Pastikan anda membalut semua perabot dan peralatan elektrik yang mudah calar dan rosak agar anda tidak berasa sakit hati bila dah duduk rumah baru.

  • Mengukur saiz setiap ruang rumah baru sebelum memindahkan perabot.

    Jika saiz rumah baru anda tidak sama dengan saiz rumah yang anda duduki sekarang, jangan memindahkan perabot sebelum anda mengukur ruang yang akan diletakkan kemudian (Contohnya :- saiz ruang tamu, saiz dapur, saiz bilik).

    Ada banyak keuntungan jika anda melakukan pengukuran sebelum memindahkan barang:-

    • mencegah kerosakan barang (calar atau tertanggal) ketika proses pemindahan.
    • Boleh memastikan perabot atau barangan anda muat di ruangan baru. Jika tidak muat anda perlu membuat perancangan baru seperti menjual perabot lama anda, sedekah perabot kepada atau membuang perabot lama (Jika perlu).
    • Boleh membantu anda merancang membeli perabot atau baru jika perlu.
  • Pastikan ada air, elektrik dan gas di rumah baru

    Susah pula nak buat kerja di rumah baru tanpa air dan elektrik, kan?

  • Kaji dan cari syarikat lori untuk tujuan perpindahan yang sesuai.

    Dapatkan beberapa sebut harga daripada syarikat lori yang berbeza untuk memahami harga pasaran bagi servis sewa lori. Pastikan juga anda berbincang dengan pengusaha lori tersebut tentang saiz lori yang diperlukan serta terma dan syarat yang dikenakan.

    Pastikan tempahan lori dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum proses perpindahan supaya anda dapat memilih tawaran pada harga dan servis yang terbaik.

SEMINGGU SEBELUM PROSES PERPINDAHAN

  • Pastikan lori ada kebenaran masuk di tempat pengambilan dan penghantaran, terutamanya di kondominium yang ada pengurusan.

    Ini amat penting kerana sekiranya tiada kebenaran, lori tidak dapat masuk ke dalam kawasan rumah. Anda mungkin akan dikenakan caj perjalanan kedua pada hari berlainan atau caj menyimpan barang oleh syarikat lori (yang boleh mencecah sehingga empat angka semalam).

  • Defrost peti sejuk sehari sebelum perpindahan

    Bagi mengelakkan peti sejuk anda rosak, barang-barang dalam peti sejuk dikeluarkan dahulu dan defrost peti sejuk 24 jam sebelum berpindah dan pastikan kering.

  • Sediakan “Barang-Barang Hari Pertama”

    Anda mungkin terlalu penat untuk mengeluarkan barang yang berada dalam kotak-kotak pada hari pertama. Seeloknya anda menyediakan “Barang-Barang Hari Pertama” di dalam beg/kotak berasingan seperti baju, berus gigi, bantal, tuala, pinggan, cawan & sudu plastik, tisu, dan barang-barang keperluan yang lain.
     

  • Rancang susunan perabot di rumah baru

    Bagi memastikan kelancaran ketika, pastikan anda tahu susunan dan kedudukan setiap perabot yang hendak dipindahkan ke rumah baru.

HARI SEMASA PROSES PERPINDAHAN

  • Maklumat yang tepat kepada pemandu.

     Pastikan anda mempunyai nombor telefon pemandu lori dan memberikan lokasi rumah anda dengan jelas, agar pemandu lori tidak sesat dan anda tercari-cari lori yang disewa.

  • Asingkan barang berharga

    Pastikan kunci kereta, kunci rumah, laptop, handphone,  barang kemas, jongkong emas dan harta karun diasingkan dan disimpan tempat khas agar anda tidak tercari-cari dan hilang ketika berpindah.

  • Minta bantuan teman

    Jika barang atau perabot anda banyak. Minta bantuan rakan-rakan lelaki untuk mengemaskan barang dan membawa ke tempat baru. Jika tak terlalu banyak, bantuan dari keluarga dekat pun mungkin sudah cukup (boleh jimat kos upah pekerja).

  • Pilih waktu pagi untuk pindah

    Jika lokasi berpindah dalam jarak dekat. Anda digalakkan untuk memulakan proses pindah diwaktu pagi supaya  anda mempunyai masa yang panjang untuk memunggah barang dan barang akan tiba di lokai baru pada hari yang sama.

    Jika lokasi berpindah dalam jarak jauh (contoh dari KL ke Penang), anda digalakan menjalankan kerja mengangkat barang selepas Zohor agar barang dapat pada keesokan paginya. Anda boleh memiliki waktu yang panjang untuk mengemas  barang-barang di rumah baru.

  • Berbudi bahasa dengan pemandu dan pekerja

    Berbudi bahasa dengan pemandu dan pekerja yang tolong anda pindah rumah amatlah dituntut. Sikap baik anda akan mendatangkan mood yang baik kepada mereka. Insha Allah mereka kan bekerja dengan ikhlas dan barang anda akan dijaga oleh mereka dengan baik. Mereka pun manusia biasa yang mencari rezeki di bumi Allah.

Sebarang Pertanyaan Tentang Proses Perpindahan Sila Hubungi:

RAMLI: 013-3462363

SAMSUDDIN : 013-6063361

ASHRAF: 012-9079664

barakahsejati@gmail.com  

7.00 am-6.00 pm (Call/Sms/WhatsApp)       6.00 pm-7.00 am (sms/WhatsApp SAHAJA)

By | 2019-08-16T04:27:23+00:00 August 7th, 2018|Tips Pindah|Comments Off on TIPS PINDAH RUMAH

About the Author:

Avada WordPress Theme